Sampul Raya – Apa Perlu Dibuat & Dielak?

Tempahan Sampul Raya OHUZI Print telah dibuka. Ini satu peluang pemasaran untuk bisnes dan syarikat. Ada yang baru merancang untuk buat pertama kali, ada yang sudah bertahun-tahun melakukannya. Ini perkara yang perlu bisnes buat dan elak apabila mencetak Sampul Duit Raya:

1. BUAT SAMPUL UMUM

Ini trend baru. Jika dahulu, Sampul Duit Raya dibuat dengan andaian ia akan terus dibuang. Tetapi sekarang, binses-bisnes mula melihat bagaimana ianya boleh diguna biarpun selepas musim perayaan. caranya ialah dengan membuat sampul umum tanpa sebarang ucapan Hari Raya. Dengan cara begini, sampul yang dicetak tiada tarikh luput dan boleh diguna berulang kali. OHUZI Print menyediakan banyak pilihan desain sedia ada Sampul Duit Raya yang umum dan universal.

2. FOKUS PADA JENAMA

Sampul Duit Raya ialah peluang untuk bisnes mengetengahkan jenama mereka. Kesan aktiviti penjenamaan menggunakan sampul raya mungkin tidak dapat dilihat segera. Tetapi ia penting untuk jangka masa panjang. Jenama yang berulang kali dilihat akan lebih lekat di hati dan minda pelanggan. Pastikan logo jenama kelihatan jelas pada sampul.

[Berkaitan : 3 Sebab Untuk Beri Sampul Raya Kepada Pelanggan]

3. GABUNGAN WARNA YANG ‘RINGAN’

Ini sudah pasti. Secantik manapun desain sesuatu sampul, tiada siapa yang akan menatapnya lebih dari beberapa saat. Pilih gabungan warna yang mudah diproses otak serta rekaan yang kemas dan minimal. Yang penting, ia mesti mudah untuk sesiapa yang melihat untuk ingat jenama bisnes samada melalui logo mahupun warna korporat jenama. Ambil perhatian! Warna yang terpapar pada skrin akan mempunyai perbezaan 5-10% apabila dicetak. Lihat katalog desain Sampul Raya.

4. LABUR SECARA BIJAK

Sampul Raya dibuat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Ada yang petak, ada yang memanjang. Ada yang buka dari atas, ada yang buka dari tepi. Kebanyakan Sampul Raya yang biasa dibuat menggunakan kertas Art Paper, namun ada juga sampul premium yang dibuat daripada material premium bertekstur dan tebal berserta kemasan hot stamping dan emboss.

Bagi Bisnes kecil dan sederhana, Sampul Raya standard yang dihasilkan oleh OHUZI Print sudah memadai. Ia jimat dan murah. Bisnes anda boleh dapatkan sampul ini dengan pelaburan serendah RM168 sahaja!

1. ELAK BERI SECARA SENYAP

Tujuan asal bisnes mencetak Sampul Duit Raya ialah untuk merapatkan hubungan dengan pelanggan serta mengukuhkan jenama. Usaha ini akan sia-sia jika cara sampul yang dicetak sekadar dimasukkan ke dalam bungkusan atau beg secara senyap tanpa interaksi dengan pelanggan. Elak beri secara senyap. Setidak-tidaknya, ucap “Terima kasih, sila datang lagi” berserta senyuman sambil menghulurkan pek sampul raya.

2. ELAK ELEMEN YANG BANYAK

Memandangkan saiz sampul duit agak kecil, elemen atau maklumat yang terlalu banyak boleh menyebabkan sampul kelihatan tidak menarik dan serabut. Oleh itu bisnes perlu mengutamakan apa yang utama.

Bagi jenama yang semakin dikenali, memadai dengan logo dan disertakan laman web di bahagian belakang.

Manakala bagi jenama yang baru bermula dan masih diperingkat awal, boleh ditambah sedikit maklumat tentang jenama dibahagian belakang.

[Baca Artikel 3 Sebab Untuk Beri Sampul Raya Kepada Pelanggan]

3. ELAK TEMPAH LEWAT

Masa yang paling ideal untuk mengedarkan Sampul Duit Raya kepada pelanggan ialah 2 minggu sebelum Hari Raya. Proses cetakan Sampul Duit Raya dengan material dan saiz standard boleh siap seawal 1 minggu dan selewat 3 minggu. Ini bergantung kepada keadaan semasa. OHUZI Print menyarankan tempahan dibuat selewatnya satu minggu sebelum Bulan Ramadan. Rujuk Tempoh Cetak & Jangka Siap sampul.

Sampul Raya standard yang dihasilkan oleh OHUZI Print berharga serendah RM255 sahaja! [Hantar Pertanyaan Sampul Duit Raya]

Bagi Sampul Duit Raya Custom, proses cetakan mengambil masa lebih lama. Tempahan perlu dibuat 1-2 bulan sebelum Bulan Ramadan.

OHUZI Print menerima tempahan mencetak sampul duit raya dan membuat penghantaran ke serata Malaysia (Termasuk Sabah & Sarawak) juga Singapore.