Tempahan Sampul Raya 2024 telah dibuka. Untuk kebanyakan bisnes, ini adalah satu peluang pemasaran. Jika dahulu hanya syarikat besar dan korporat sahaja yang mampu untuk cetak Sampul Raya tersendiri, kini syarikat kecil dan sederhana juga turut sama berpeluang.
4 Tips Sampul Raya Untuk Bisnes Kecil
1. KIRA PELANGGAN ANDA
Dengan mengira jumlah pelanggan, anda dapat mengenal pasti berapa jumlah Sampul Duit Raya yang perlu anda cetak. OHUZI Print menawarkan kuantiti cetakan serendah 500pcs dengan pilihan pek 5pcs/pek dan 10pcs/pek. Jumlah yang sesuai bagi kebanyakan bisnes kecil.
Bagi syarikat dan bisnes yang mempunyai bajet pemasaran yang terhad, terlebih cetak semestinya sesuatu yang ingin dielak. Oleh itu OHUZI Print sangat menggalakkan bisnes dan syarikat merujuk data bilangan pelanggan selain mengenal pasti pelanggan yang ingin diberi sampul raya.
Anda tidak mahu terkurang cetak sehingga ada pelanggan penting yang tidak anda beri.
Anda juga tak mahu terlebih cetak sehingga membazir.
2. BERI KEPADA PELANGGAN TERPILIH
Pelanggan ramai TAPI bajet terhad.
Faktor ini sering menyebabkan bisnes mengambil keputusan untuk tidak mencetak sampul raya sedangkan ia peluang pemasaran yang sangat besar. Jadi apa yang boleh dibuat? Ikut petua ini:
“Siapa cepat dia dapat”
War-warkan kepada pelanggan melalui semua medium pemasaran yang anda ada bagi menimbulkan rasa teruja mereka.
ATAU
“Beri kepada pelanggan terpilih”
Pilih dan beri kepada pelanggan yang menyumbang jumlah belian yang tinggi bagi membuatkan mereka rasa dihargai.
Kedua-dua cara ini akan meningkatkan kesetiaan pelanggan kepada bisnes anda.
[Berkaitan : 3 Sebab Untuk Beri Sampul Raya Kepada Pelanggan]
3. BERI KEMUDIAN MINTA
Pelanggan yang menerima pek Sampul Raya dari anda pasti akan rasa dihargai. Untuk buat mereka rasa lebih terkesan, berinteraksi dengan mereka sambil menghulurkan dengan tangan pek Sampul Raya. Cara ini lebih berkesan berbanding jika anda hanya masukkan terus ke dalam beg atau bungkusan barang.
Lebih penting ini adalah peluang paling baik untuk anda minta testimoni atau review dari pelanggan. Pelanggan yang gembira selepas menerima pemberian anda lebih mudah untuk memberi review dan testimoni yang berpengaruh.
4. LABUR SECARA BIJAK
Sampul Raya dibuat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Ada yang petak, ada yang memanjang. Ada yang buka dari atas, ada yang buka dari tepi. Kebanyakan Sampul Raya dibuat menggunakan kertas Art Paper, namun ada juga sampul premium yang dibuat daripada material premium bertekstur dan tebal berserta kemasan hot stamping dan emboss.
Bagi bisnes kecil & sederhana, Sampul Raya standard yang dihasilkan oleh OHUZI Print sudah memadai. Ia jimat dan murah. Bisnes anda boleh dapatkan sampul ini dengan pelaburan serendah RM168 sahaja